Stres Adalah Faktor Ke 2 Zakar Anda Tidak Keras
27 August 2023
Stres memainkan peranan penting yang buruk dalam kesihatan seksual lelaki. Tekanan perasaan dan kebimbangan berlebihan, boleh mempengaruhi fungsi seksual secara fizikal dan emosi.

↑ Urut titik #1 PC6 (Neiguan) untuk memperbaiki masalah stress dan zakar tidak keras

↑ Urut Titik #2 HT7 (Shenmen) untuk mengurangkan fikir bukan bukan dan kebimbangan zakar lembik

↑ Urut titik #3 (Ershenmen) mengurangkan tekanan hidup dan performance anxiety yang menyebabkan mati pucuk
6 Sebab Utama Stres Mempengaruhi Kesihatan Seksual Lelaki
Mati pucuk (Erectile Dysfunction):
Masalah ereksi atau kesukaran mencapai dan mengekalkan ereksi yang cukup kuat untuk hubungan seksual. Hormon seperti Cortisol, Adrenaline dan Noradrenaline yang dilepaskan oleh tubuh dapat mempengaruhi aliran darah ke zakar dan mempengaruhi ereksi zakar yang keras. Fikir yang bukan bukan banyak sangat boleh menyebabkan mati pucuk
Libido yang Rendah:
Hasrat seksual atau libido rendah. Untuk maklumat hang, libido rendah adalah kamu tak berapa minat nak bersetubuh. Tak sihatlah kalau kita tak ada selera untuk bersetubuh dengan pasangan, kalau pasangan kita gila seks macam mana, orang zaman dulu kurang tekanan dan mereka bersetubuh 300% lebih daripada orang zaman sekarang, manusia tahun 1923 secara purata bersetubuh 5 kali seminggu, ye lah tak ada aktiviti lain untuk mereka buat sebelum tidur zaman itu, anda bersetubuh berapa kali seminggu ?
Cepat Pancut (Ejakulasi Pramatang):
Ejakulasi berlaku terlalu cepat semasa aktiviti seksual. banyak fikiran bukan bukan dan tekanan boleh mengganggu kawalan atas ejakulasi. Berapa minit anda boleh mendayung di katil dengan pasangan anda ?
Perasaan Cemas:
Anxiety yang berkekalan boleh menyebabkan rasa cemas yang lebih tinggi, perasaan cemas dan selalu dalam kebimbangan dan tekanan mempengaruhi keyakinan diri dan pretasi seksual. Keadaan yang tak berapa selesa ini semasa hubungan seksual boleh mempengaruhi prestasi dan buat zakar anda lembik. Ketika bersetubuh dengan pasangan anda terfikir mengenai hutang yang belum dilunaskan, lembiklah zakar
Kualiti Orgasma (Puncak Shawat):
Mempengaruhi perasaan dan sensasi semasa anda mencapai puncak shawat dan orgasma. lelaki yang tertekan dengan tekanan mungkin mengalami puncak shawat orgasma yang kurang puas atau sudah pancut tapi rasa seperti tak pancut. Dulu air mani pekat dan pancut pun puas gila.
Masalah Hubungan:
Tekanan dapat merosakkan hubungan dengan pasangan. Selalu tak gembira je tak nak bersetubuh atau murung disebabkan kerja tapi lepaskan perasaan tak puas hati itu terhadap pasangan, siap bergaduh tanpa sebab
Bagaimana Menguruskan Stres untuk Meningkatkan Kesihatan Seksual:
Senaman:
Bersenam 20 minit setiap hari membantu mengurangkan stres dan meningkatkan peredaran darah, yang baik untuk kesihatan seksual.
Kalau anda busy sangat sampai tak ada masa untuk bersenam , buatlah senaman selama 5 ke 10 minit pun tak apa lebih baik dari hang goyang telur tak buat apa apa.
Waktu senaman terbaik adalah pada waktu pagi, sebab senaman boleh menghasilkan hormon gembira seperti
Endorfin: Endorfin sering dikenali sebagai “hormon kebahagiaan.” Mereka dihasilkan semasa senaman yang berat atau aktiviti fizikal yang melibatkan aktiviti yang kuat.
Endorfin membantu mengurangkan persepsi rasa sakit dan meningkatkan perasaan kesejahteraan.
Dopamin: Dopamin adalah neurotransmiter yang berperan dalam mempengaruhi mood dan motivasi. Senaman dapat meningkatkan kadar dopamin, yang dapat meningkatkan perasaan keseronokan dan pencapaian diri.
Serotonin: Senaman juga dapat meningkatkan kadar serotonin dalam otak. Serotonin adalah neurotransmiter yang terlibat dalam mengawal mood, tidur, dan pelbagai fungsi lain dalam tubuh. Kekurangan serotonin telah dikaitkan dengan masalah seperti depresi, dan senaman dapat membantu mengatasi ini.
Bayangkan anda mulakan hari anda dengan hormon gembira, adakah hari itu kamu akan lebih bahagia dan gembira
ataupun mulakan hari anda dengan tengok handphone dulu sebelum anda buat apa apa,
Tahukah anda handphone kita dipenuhi dengan berita buruk dan boleh mempengaruhi kesihatan mental kita.
Tak kira tengok whatsapp, tik tok, youtube atau social media yang lain, semua dipenuhi dengan berita buruk yang boleh menyebabkan badan kita menhasilkan hormon tak baik yang mempengaruhi mood, kesihatan batin tenaga lelaki dan kesejahteraan kita
Pilihan di tangan anda, adakah anda bangun pagi pagi nak dapatkan hormon gembira dengan bersenam atau hormon tak gembira dengan buka handphone dulu.
Relak (berehat):
Amalkan teknik healing seperti meditasi, senaman pernafasan atau yoga untuk meredakan dan mengatasi kecemasan depresi dan kemurungan.
Meditasi itu senang sahaja, tutup mata dan fokus pernafasan kita, jangan fikir apa apa semasa meditasi kalau kita terfikir bukan bukan semasa meditasi, tarik balik fokus otak terhadap pernafasan kita,
Untuk permulaan tak perlu meditasi lama lama, kalau anda berjaya fokus pemikiran terhadap pernafasan selama 2 minit tanpa fikir apa apa , anda sudah berjaya buat meditasi, sehari 10 minit pun sudah cun kalau lebih lagi baik
Anda boleh buat meditasi di mana mana, yang terbaik adalah jauh dari makanan, nanti tengah meditasi terbau KFC, terus pergi beratur beli ayam goreng dan terlupa tengah meditasi
Meditasi perlukan latihan, bukan buat sekali terus berjaya, fikir bukan bukan sudah berpuluh tahun takkan buat meditasi 2 minit terus hilang stres?
jangan putus asa kalau anda tak nampak kesan dari meditasi itu, ia memerlukan masa untuk berjaya.
Komunikasi (sembang):
Bercakap dengan pasangan mengenai perasaan anda boleh membantu meredakan tekanan dan memperkuat hubungan. Bila sembang dengan pasangan pastikan anda tidak main handphone atau multitask buat benda lain, focus betul betul sembang dengan pasangan. Orang zaman sekarang ini tak boleh percaya sangat, duduk depan muka nak sembang tapi main handphone dengan member lain
Waktu untuk Rehat:
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan memberi diri anda masa untuk berehat dan pulih. Tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk hormone badan kita,
Tahukah anda hormon kelelakian (Testosteron) adalah paling banyak dihasilkan semasa kita tidur,
Paras hormon testosteron adalah tertinggi pada waktu pagi dan sebab itulah zakar anda keras pagi pagi (morning wood)
Bantuan Profesional (Jumpa Doktor):
Jika tekanan berlarutan dan mempengaruhi kesihatan seksual serta kesejahteraan anda secara keseluruhan, anda harus pergi jumpa doktor psikologi dan tak perlu malu malu
3 Jenis Hormon Stres Yang Patut Kita Tahu
Badan kita mengeluarkan hormon apabila kita berada dalam situasi seperti tekanan kerja bergaduh dengan pasangan dan banyak lagi tak payah cerita, situasi tak mengembirakan tak akan hang tak tahu kot
Kortisol (cortisol )
Diproduksi oleh kelenjar adrenal dan berperan penting dalam mengatur berbagai fungsi tubuh badan, termasuk metabolisme, respons kekebalan tubuh, dan kadar bacaan gula darah.
Kadar kortisol biasanya meningkat sebagai respons terhadap tekanan dan membantu memobilisasi simpanan energi untuk menghadapi situasi yang tertekan.
Namun, stres berpanjangan dapat menyebabkan peningkatan kadar kortisol secara terlebih banyak, yang mungkin membawa masalah negatif pada kesihatan tenaga batin lelaki.
Adrenalin
Adrenalin, juga dikenal sebagai epinefrin, adalah neurotransmiter yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal ketika tubuh menghadapi ancaman atau bahaya, Seperti diligan anjing atau dimaki pasangan,
Tahukah anda bila pasangan bergaduh , dua dua pihak akan mengeluarkan hormon yang buat perasaan marah dan anxiety yang menyebabkan kesihatan menjadi tak baik, bila bergaduh antara pasangan, dua dua pihak pun tak sihat.
Adrenalin memainkan peranan penting dalam respons “fight or flight” yang membantu tubuh bersedia untuk bertindak dengan cepat dalam keadaan yang menekan atau bahaya.
Disebabkan hormone ini kita sering lawan cakap pasangan kita, last last dia merajuk dan tak bagi kita sentuh, lagi stres dibuatnya
Berikut adalah beberapa fungsi utama adrenalin dalam tubuh
-
- Meningkatkan Detak Jantung:
Adrenalin meningkatkan denyutan jantung, meningkatkan aliran darah, dan mengarahkan aliran darah ke otot-otot utama. Ini membantu meningkatkan daya tahan dan kesiapan tubuh untuk tindakan fisik yang intens. Sebab itu bila kita stress dan marah , jantung kita berdenyut lebih laju dari kebiasaan
-
- Memperluas Saluran Udara:
Adrenalin membantu membuka saluran udara dalam paru-paru, meningkatkan kapasiti pernafasan. Ini membantu menyediakan lebih banyak oksigen untuk keperluan tubuh. Bila kita stress pernafasan kita semakin laju dan tercungap cungap bernafas kencang
-
- Peningkatan Tenaga:
Adrenalin merangsang pelepasan glukosa dari hati ke dalam darah, menyediakan sumber tenaga tambahan yang diperlukan untuk bertindak dalam situasi ancaman. Sebab itulah bila kita diligan harimau, kita akan lari lebih laju dengan ada tenaga lebih. Silap hari bulan larian anda boleh mencatatkan rekod kebangsaan
-
- Meningkatkan Fokus dan Kewaspadaan:
Adrenalin meningkatkan kewaspadaan dan fokus mental, membantu anda menjadi lebih terjaga dan responsif terhadap ancaman.
-
- Kontraksi Pembuluh Darah:
Adrenalin menyebabkan pembuluh darah di beberapa kawasan tubuh menyempit (vasoconstriction), termasuk pembuluh darah di kulit. Ini membantu mengalihkan aliran darah ke otot-otot dan organ-organ yang penting dalam situasi tindakan cepat.
-
- Menghentikan Fungsi Tidak Penting:
Adrenalin dapat menghentikan fungsi tidak penting seperti pencernaan
Respons adrenalin terhadap ancaman adalah komponen penting dalam menjaga keselamatan dan kelangsungan hidup manusia. Walaupun dalam situasi tertentu respons “fight or flight” sangat penting,
pengeluaran adrenalin yang berlebihan atau berpanjangan boleh memberi kesan negatif pada tubuh, termasuk peningkatan denyutan jantung, keletihan, gangguan tidur, dan masalah kesihatan lain.
Noradrenalin
Noradrenalin, juga dikenal sebagai norepinefrin, neurotransmiter yang memiliki kaitan erat dengan adrenalin (epinefrin). Noradrenalin dihasilkan oleh kelenjar adrenal dan juga oleh saraf simpatis dalam sistem saraf tubuh.
Berikut adalah beberapa fungsi utama noradrenalin dalam tubuh:
-
- Peningkatan Kewaspadaan:
Noradrenalin memainkan peranan utama dalam meningkatkan kewaspadaan, fokus, dan tahap kesedaran. Ia membantu tubuh menanggapi rangsangan persekitaran dengan lebih cekap. Bila kita dalam situasi kecemasan kita akan lebih berwaspada
-
- Pengaturan Mood dan Perasaan:
Noradrenalin terlibat dalam pengaturan mood, perasaan, dan respon emosi. Pengeluaran yang seimbang membantu menjaga mood yang stabil.
Kalau hormone ini berlebihan , mood untuk bersetubuh dan seks pun akan berkurangan. Tak ada mood kata pasangan, jangan salahkan pasangan jika mereka selalu tolak perlawaan kita untuk bersetubuh, mungkin mereka terlebih hormon ini
-
- Pengawalan Terhadap Rasa Sakit:
Noradrenalin berperanan dalam pengawalan rasa sakit dengan mengubah persepsi terhadap rasa sakit.
Sistem saraf simpatis, di mana noradrenalin memainkan peranan penting, mempersiapkan tubuh untuk tindakan cepat dalam menghadapi ancaman.
Kehadiran noradrenalin membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk bertindak dalam keadaan yang mengancam seperti bila kita terpegang benda panas, dengan sepantas kilat kita akan lepaskan benda panas itu
Keseimbangan pengeluaran noradrenalin penting untuk kesejahteraan tubuh. Peningkatan atau penurunan kadar noradrenalin yang tidak seimbang dapat menyebabkan masalah kesihatan batin lelaki dan gangguan fungsi tubuh.
Penting untuk diingat bahawa adrenalin adalah sebahagian daripada respons semulajadi tubuh terhadap ancaman.
Pengurangan tekanan adalah penting untuk kesejahteraan tenaga batin lelaki.
Hubungan antara pasangan juga akan kurang erat jika kita ada masalah kemurungan, cara kita bertutur pun akan menjadi kurang ajar dan menguris hati pasangan kita.
Kesimpulannya, stres memainkan peranan penting dalam kesihatan seksual dan tenaga batin lelaki. Menguruskan kekuatan mental adalah kunci untuk meningkatkan fungsi seksual dan kesejahteraan secara keseluruhan.