3 Faktor Yang Menyatakan Gula Adalah Punca Lemah Tenaga Lelaki
Apakah penyebab hormon seks tidak seimbang? Apakah yang membuat anda lesu tidak bermaya? Dan apakah yang membuat pisang anda tidak keras?
GULA, ia betul!
Permakanan gula berlebihan boleh merosakan kemampuan seksual anda. Gula menurunkan hormon testosterone anda dengan mengurangkan pengeluaran hormon pertumbuhan. Gula juga menyebabkan rintangan leptin yang membuat anda selalu letih dan membuat anda kemurungan dan gelisah.
Faktor 1 Lemah Tenaga Lelaki: Gula Menurunkan Hormon Testosterone
Hormon testosterone penting untuk kesejahteraan seksual dan membina otot. Ketika testosterone lelaki rendah maka bertambahnya lemak badan dan meningkatkan tahap hormon estrogen yang mungkin menyebabkan lelaki itu ada payu dara. Perhatian kepada lelaki yang ada payu dara ! Hal itu menyebabkan anda lemah tenaga lelaki dan menyebabkan pisang anda kurang keras.
Faktor 2 Lemah Tenaga Lelaki: Gula Mengurangkan Pengeluaran Hormon Pertumbuhan
Permakanan gula berlebihan boleh menyebabkan kurang keinginan dalam hubungan kelamin, meningkatkan lemak badan, menurunkan jisim otot, kurang ingatan, tumbuk jerawat dan keguguran rambut.
Hormon pertumbuhan dapat membantu anda menurunkan berat badan, mengekalkan jisim otot dan mengekalkan libido pada dorongan seks anda.
Penyelidik mendapati kaitan hormon pertumbuhan, tahap insulin dan fungsi seksual. Insulin mengurangkan keupayaan anda untuk menghasilkan hormon pertumbuhan yang menganggu hormon testosterone dan menyebabkan anda lemah tenaga lelaki.
Faktor 3 Lemah Tenaga Lelaki: Gula Menyebabkan Leptin Tidak Berfungsi
Hormon leptin berfungsi menghantar isyarat kepada otak untuk beritahu supaya anda berhenti makan dan mengawasi tingkah laku seksual anda. Apabila anda makan banyak gula dan makanan proses, leptin tidak akan berfungsi. Walaupun badan anda masih menjana leptin tetapi otak anda tidak mentafsirkannya dan akhirnya menjadi rintanagan leptin. Itulah penyebab anda gemuk.
Adakah anda masih ingat? Selepas anda makan kek dan selepas 1 jam, anda rasa mahu makan sekeping kek 🍰lagi walaupun anda merasa kenyang? Itulah perasaan gula darah anda merosot yang menyebabkan anda lapar, mengidam dan serba salah, seterusnya tiada mood untuk hubungan kelamin .
Amalkan Pemakanan Sihat
Makanlah makanan sihat seperti sayur sayuran🌿, buah buahan🍇, kekacang🥜, daging dan ikan 🐟yang bukan makanan proses